Minggu, 01 Mei 2016

HURUF HIJAIYAH YANG JARANG DIKETAHUI

{ ألقاب الحروف }

           
Telah menyebut Syeikh Al- Khalil bin Ahmad diawal kitabnya bernama          العين ” Makki bin Abi thalib dalam kitabnya “  الرعاية“ dan Ibnul Jazuri dalam kitabnya “التمهيد والنثر “ bahwa ada sepuluh gelaran bagi huruf ditinjau dari segi tempat keluar huruf-huruf Hijaiyyah itu, gelaran huruf-huruf Hijaiyyah itu adalah :

  1. الحروف الحلقية
Dinamakan demikian kerana dinisbahkan kepada { الحلق } yaitu bahagian tekak atau kerongkongan.

Hurufnya ada : 6 huruf   { ء  هـ  ح  ع  خ  غ  }
  1. الحروف  اللهوية
Dinamakan demikian kerana dinisbahkan kepada { اللهاة } yaitu bahagian anak tekak, huruf-huruf ini keluarnya daripada bahagian pangkal lidah yang diangkat keanak tekak.

Hurufnya ada : 2 huruf   { ق  ك }
  1. الحروف  الشجرية
Dinamakan demikian kerana dinisbahkan kepada { شجر الفم } yaitu bahagian daun mulut, dikala menyebut huruf-hurufnya akan membuka dua tulang rahang, pendapat ulama’ yang lain pula dinamakan demikian  dinisbahkan kepada { شجر اللسان } yaitu daun lidah, sebab ketika menyebut huruf-huruf ini, daun lidah diangkat kelangit-langit.

Hurufnya ada : 4 huruf   { ج  ش  ي  ض }
  1. الحروف  الأسلة
Dinamakan demikian kerana dinisbahkan kepada { أسلة اللسان } yaitu kepala hujung lidah, kerana huruf-huruf ini keluar daripada kepala hujung lidah yang terletak diantara gigi bawah dan atas.
Hurufnya ada : 3 huruf   { ص  س  ز }

  1. الحروف   النطعية
Dinamakan demikian kerana dinisbahkan kepada { النطع } yaitu kulit sebelah dalam langit-langit
Hurufnya ada : 3 huruf   { ط  د  ت }
  1. الحروف  اللثوية   
Dinamakan demikian kerana dinisbahkan kepada { اللثة } yaitu bahagian gusi, kerana huruf-huruf ini keluar berhampiran dengan gusi.

Hurufnya ada : 4 huruf   { ظ  ذ  ث  }
  1. الحروف  الذلقية
Dinamakan demikian kerana dinisbahkan kepada { ذلق } yaitu tergelincir, kerana tempat keluar huruf-huruf ini ditepi hujung lidah, sehigga menjadikan huruf-huruf ini mudah tergelincir kepada makhraj yang lain.

Hurufnya ada : 3 huruf   { ل  ن  ر }
  1. الحروف  الشفهية أو الشفوية
Dinamakan demikian kerana dinisbahkan kepada { شفة } yaitu bibir  kerana tempat keluar huruf-huruf ini daripada bahagian bibir mulut.

Hurufnya ada : 4 huruf   { ف  و  م  ب }
  1. الحروف الجوفية
Dinamakan demikian kerana dinisbahkan kepada { الجوف } yaitu rongga  bahagian dalam, kerana huruf-huruf  ini keluar dari rongga ke tekak terus membawa ke mulut

Hurufnya ada : 3 huruf, yaitu huruf-huruf mad  { ا  و  ي }
  1. الحروف  الهوائية   
Dinamakan demikian kerana dinisbahkan kepada { الهواء } yaitu udara kerana ketika huruf-huruf itu berakhir dengan hembusan udara dari mulut yang dating daripada paru-paru melalui salurang angin.
Hurufnya ada : 3 huruf, yaitu huruf-huruf mad  { ا  و  ي }



 SIFAT HURUF
{صفات الحروف}

PENDAHULUAN :

v  Udara yang keluar daripada paru-paru melalui kerongkongan kemudian terus kemulut atau kehidung yang keluarnya secara tabi’i dinamakan napas.
v  Apabila udara yang keluar itu disertakan dengan bunyi maka dinamakan suara.
v  Dan apabila udara yang keluar itu pula disertakan dengan gelombang suara yang dikeluarkan dari tempat-tempat tertentu seperti: mulut, lidah, khalqum atau bibir, maka dinamakan huruf.
v  Kemudian cara atau gaya keluar satu-satu huruf itu dari tempat keluarnya ( makhraj ) yang tertentu dinamakan sifat huruf.

Oleh yang demikian maka pengertian sifat huruf itu ialah :
“ cara-cara terbentuknya huruf dan cara-cara keluarnya huruf dari tempat keluarnya, atau dalam kata lain keadaan yang terjadi sewaktu sesuatu huruf itu diucapkan pada makhrajnya “.

JENIS-JENIS SIFAT HURUF :

            Jenis sifat huruf dipisahkan  kepada dua bahagian, yaitu :
1.      sifat asal atau dasar.  { صفة ذاتية }
2.      sifat penyesuaian.  { صفة عارضة }

v  Sifat zatiah atau sifat dasar ini ialah : sifat-sifat yangada pada setiap huruf secara sendirian.
v  Sifat ‘aridhoh atau sifat penyesuaian adalah : sifat-sifat huruf yang disesuaikan dengan sifat yang lain kerana adanya pertemuan dengan huruf yang tertentu, seperti : ketika pertemuan diantara huruf yang hukum bacaannya idgham, ikhfa’, iqlab dan lain-lain.

Ada 17 sifat huruf yang terpenting dan masyhur dikalangan banyaknya pendapat ulama’, kemudian dalam 17 sifat ini dabahagikan kepada dua bahagian :
1.      Sifat-sifat huruf yang  berlawanan atau berpasangan.
2.      Sifat-sifat huruf yang tunggal atau bersendirian.

a)    SIFAT-SIFAT HURUF YANG  BERLAWANAN.

  1. الجهر  ( Nyaring )
Yaitu : Bunyi huruf-hurufnya nyaring.
Caraya :
Semasa mengucapkan huruf-huruf Jahr ini nafas tertahan disebabkan kuatnya       pegangan huruf-huruf itu pada makhrajnya.

          Hurufnya : ada 19 huruf, yaitu : { ظل قور بض ءذ غزا جند مطيع }

            Contohnya :  { .. إِذْ قَالَ ..  مَطْلَعِ الفَجْرِ }
  1. الهمس  ( Perlahan )
Yaitu : Bunyi huruf-hurufnya lemah.
Caraya :
Semasa mengucapkan huruf-huruf Hams ini nafas berlari-lari disebabkan lemahnya penempatan huruf-huruf itu pada makhrajnya, kebanyakan huruf-huruf ini dikala mengucapkannya jalan udara disempitkan sedikit.

          Hurufnya : ada 10 huruf, yaitu : { فحثه شخص سكت }

            Contohnya :  { أَفْلَحَ ....  أَثْقَال ... }
  1. الشدة  ( Keras )
Yaitu : Bunyi huruf-hurufnya keras.
Caraya :
Semasa mengucapkan huruf-huruf Syiddah ini suara tertahan disebabkan kerasnya pegangan huruf-huruf itu pada makhrajnya.

          Hurufnya : ada 8 huruf, yaitu : { بج قط دءكت}

            Contohnya :  { أَكْوَاب....  مُطْمَئِنَّة... }
  1. الرخاوة   ( Longgar )
Yaitu : Bunyi huruf-hurufnya longgar.
Caraya :
Dikala mengucapkan huruf-huruf Rakhawah ini suara berlepas ( berlari ) dan huruf-huruf hampir terbawa bersama disebabkan longgarnya pegangan huruf-huruf itu pada makhrajnya.

          Hurufnya : ada 16 huruf, yaitu : { خذ غث حظ فض شوص زي ساه}

            Contohnya :  لمُفْلِحُونَ....  الإِسْلاَم... }

 التَّوَسُّط atau  البَيْنِيَّة ( Pertengahan )
Yaitu : Bunyi huruf-hurufnya pertengahan diantara Syiddah dan Rakhawah.
Caraya :
Dikala mengucapkan huruf-huruf Tawassut ini suara tidaklah tertahan dan tidak juga terlalu terlepas ( longgar ), yakni pertengahan diantara keduanya.

          Hurufnya : ada 5 huruf, yaitu : {لن عمر }

            Contohnya :  {أَعْمَالهم....أَنْعَمْتَ... }
 Perbezaan antara bunyi Jahr dengan syiddah.
o   Al-jahr tertahan napas dikala menyebut huruf-hurufnya.
o   Asy-syiddah tertahan suara dikala menyebut huruf-hurufnya.

  1. الاستعلاء  ( Meninggi )
Yaitu : Bunyi huruf-hurufnya tebal.
Caraya :
Semasa mengucapkan huruf-huruf Isti’la’ ini lidah terangkat kelangit-langit dalam keadaan meninggi.

          Hurufnya : ada 7 huruf, yaitu : { خص ضغط قظ}

            Contohnya :  {وَقَدْ خَابَ....أَضْعَافًا... }
 
  1. الاستفال  ( Merendah )
Yaitu : Kedudukan lidah merendah ketengah mulut.
Caraya :
Semasa menyebut kebanyakan daripada  huruf-huruf Istifal ini lidah tidak terangkat kelangit-langit dalam keadaan meninggi, tetapi merendah ketengah mulut.

          Hurufnya : ada 22 huruf, yaitu : {ثبت عز من يجود حرفه إذ سل شكا }

            Contohnya :  { أَكْوَاب....  مَثْنَى... }
  1. الانطباق  ( Mendempik )
Yaitu : Bunyi huruf-hurufnya kuat dengan kedudukan lidah mendempik kelangit-langit.
Caraya :
Semasa mengucapkan huruf-huruf Inthibaq ini lidah terangkat mendempik kelangit keras bahagian atas.

          Hurufnya : ada 4 huruf, yaitu : { ص ض  ط ظ }

            Contohnya :  { مُظْلِمُونَ....مُضْغَة... }
  1. الانفتاح   ( Membuka )
Yaitu : Keadaan mulut terbuka.
Caraya :
Semasa mengucapkan huruf-huruf Infitah ini udara berlari-lari kerana terbuka tengah lidah dan tidak mendempik dengan langit-langit.

          Hurufnya : ada 25 huruf, yaitu : { من أخذ وجد سعة فزكا حق له شرب غيث}

            Contohnya :  {  أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ... }
  1. الإصمات   (Tertegah)
Yaitu : Ditegah  menggunakan susunan kalimah bahasa arab yang lebih dari 3 hurufnya.
Caraya :
Semasa mengucapkan huruf-huruf  Ismat ini tidak boleh dibaca dengan cepat.

          Hurufnya : ada 23 huruf, yaitu : { جز غش ساخط صد ثقة إذ وعظه يحضك }

            Contohnya :  {  ذَلِكَ وَعْدٌ ... }

  1. الإذلاق   ( Melucut / Tergelincir )
Yaitu : Sebutan huruf-hurufnya ringan.
Caraya :
Semasa mengucapkan huruf-huruf Izlaq ini sebahagian hurufnya keluar daripada hujung lidah dan sebahagian lagi hurufnya keluar daripada dua bibir mulut menyebabkan huruf-hurufnya dapat disebut dengan cepat dan ringan.

          Hurufnya : ada 6 huruf, yaitu : {نمر بلف }

            Contohnya :  {  يَلْعَبُونَ... أَفْوَاجًا .... }




Share:

0 komentar:

Posting Komentar

Jadwal Sholat Wilayah Pekanbaru

Translate / Kamus

Foto

Foto
MY FAMILY

Statistik Blog

3534
Diberdayakan oleh Blogger.

Iklan

Waktu adalah Pedang